ZALORA, destinasi online fesyen Asia mengumumkan acara jualan tahunan 12:12 Online Fever kini kembali selama 4 hari bermula 12 Disember 2016. Jualan tahunan ini menghimpunkan 100 jenama eksklusif fesyen seperti Ivy Park, Calvin Klein, Top Shop, Topman, Aldo, Converse dan kecantikan Sigma Kailijumei dan L’Oreal dengan diskaun sehingga 70%.
Laman itu juga memberi pelbagai pilihan fesyen dari pakaian wanita dan lelaki, aksesori, activewear dan travel wear. 12.12 Online Fever bakal menjadi pilihan utama si penggemar fesyen terkini untuk memenuhi keperluan fesyen tanpa had.
Anda boleh membeli belah dimana sahaja 24/7 dan produk akan dihantar terus ke rumah dengan kemudahan pelbagai cara pembayaran termasuk membayar waktu terima.
Bermula dari 12 Disember hingga 15 Disember 2016, 12.12 Online Fever akan dilancarkan di semua enam laman web ZALORA dan juga pada aplikasi mudah alih mobile ZALORA pada 12 Disember tepat jam 12 tengah malam. Jualan 70% eksklusif ini boleh didapati di www.zalora.com.my/online-fever/.