Pihak berkuasa menjangkakan tiada mangsa terselamat dalam nahas udara melibatkan sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) yang terhempas di sebuah kawasan pergunungan di utara negara itu semalam.
PIA menyatakan, pesawat bersama 41 penumpang dan kru itu terputus hubungan dengan menara kawalan semasa dalam perjalanan ke ibu negara Pakistan, Islamabad dari Chitral di utara negara itu.
Kapal terbang jenis ATR-42 itu terhempas di kawasan pergunungan Havelian dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 125 kilometer ke utara Islamabad.
“Semua mayat mangsa yang ditemui rentung. Serpihan bertaburan merata-rata,” kata pegawai kerajaan yang berada di lokasi kejadian, Taj Muhammad Khan kepada agensi berita Reuters.
Menurutnya, penduduk tempatan memberitahu bahawa pesawat itu terbakar sebelum terhempas.
Imej yang disiarkan stesen-stesen televisyen Pakistan menunjukkan serpihan-serpihan pesawat dijilat api di lereng sebuah gunung.
PIA flight no pk 0661 plane crash video near havelian abbottabad junaid jamshed and his family no more 🙁 pic.twitter.com/5snEiabLJQ
— WAHEED AFSAR (@waheedafsar12) December 7, 2016
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) berkata, pesawat itu membawa seramai 47 orang tetapi pegawai PIA di Chitral, Sohail Ahmed berkata, terdapat 41 penumpang termasuk empat kru di dalam kapal terbang tersebut.
Terdahulu, saluran berita Geo News dan Dawn News, memetik sumber penerbangan awam sebagai berkata, pesawat itu terputus hubungan dengan CAA sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan).
Heaven on Earth Chitral.
With my friends in the Path of Allah . Snowpacked Tirchmir right behind us pic.twitter.com/ZajcWEKlrG— Junaid Jamshed (@JunaidJamshedPK) December 4, 2016
Dalam perkembangan berkaitan, seorang bintang popular Pakistan, Junaid Jamshed yang berhijrah menjadi pendakwah bebas turut berada dalam pesawat malang itu.
Junaid was on seat 27C #pk661 #JunaidJamshed pic.twitter.com/DkUKg32DGT
— Fakhr-e-Alam S.I & S.E (@falamb3) December 7, 2016
Junaid merupakan penyanyi kumpulan rock pertama di Pakistan pada tahun 1990-an. Dia kemudian bersara daripada bidang seni untuk menyertai kumpulan jemaah tabligh yang mengembara ke seluruh Pakistan dan luar negara untuk berdakwah tentang Islam. – Reuters