Senarai pencalonan Anugerah Grammy Awards telah keluar baru-baru ini, dengan Beyonce mengungguli 7 pencalonan termasuklah kategori ‘Song Of The Year’ bagi lagu Formation. Begitu juga sama hebat Rihanna mendapat 8 pencalonan tapi lagu-lagu beliau tidak tercalon dalam ‘Song Of The Year’.
Selepas sahaja pengumuman calon dibawa keluar, Rihanna dilihat telah meninggalkan ‘like’ di akaun Instagram peminat beliau. Tanpa disedari Rihanna, beliau tidak membaca kapsyen gambar tersebut yang menulis ‘Grammy terpaksa memberi anugerah ‘Song Of The Year’ tersebut kepada Beyonce’.
Ini menimbulkan spekulasi umpama Rihanna bersetuju dengan kapsyen peminat tersebut.
Setelah menjadi viral di laman Instagram, Rihanna bertindak untuk menjelaskan perkara sebenar dengan meninggalkan komen di akaun tersebut. Beliau double tap pada gambar tersebut kerana berasa ia sangat lucu dan beliau langsung tidak tahu tentang kapsyen berkenaan anugerah Grammy dan Beyonce.
Rihanna menegaskan lagi, sepatutnya peminat tidak patut melagakan mana-mana selebriti dan seharusnya menyokong pencapaian mereka.