Sebelum ini, seluruh dunia pernah disensasikan dengan kemunculan seorang atuk berbadan sasa, Deshun Wang dari China yang tampil berjalan megah di pentas peragaan China Fashion Week sehingga berjaya memecah tradisi stereotaip dunia fesyen.
BACA: ATUK 80 TAHUN JADI MODEL PERAGAAN CURI HATI PENONTON KETIKA BERJALAN DI PENTAS CFW
Ha, lain pula dengan yang ini. Sekali pandang, wanita tua ini mungkin ibarat nenek atau moyang kepada anda. Namun begitu, ramai yang tidak menyangka bahawa sebenarnya wanita yang dianggap nenek normal ini adalah seorang supermodel luar biasa!
Berkecimpung dalam arena peragaan sejak 1949, sehingga kini beliau masih lagi aktif membuat penggambaran fesyen serta berjalan di pentas-pentas pertunjukan fesyen terkemuka.
Kariernya sebagai seorang peragawati bermula saat beliau menyertai sebuah pertandingan bagi menjadi wajah hadapan untuk sebuah majalah tempatan London pada usia 20 tahun.
Pada tahun 2015, Daphne Selfe telah dinobatkan sebagai supermodel tertua di dunia yang masih aktif oleh Guiness World Record.
Daphne, yang menetap di Baldock, Hertfordshire, England sangat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya dek kerana rupa jelita fizikal yang dimilikinya. Ya, meskipun sudah berusia 88 tahun pada 2016. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan kosmetik dan amat sukakan yoga, berjalan dan berkebun.
Tak percaya? Lihat ni…
Walaupun beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang model lebih 50 tahun yang lalu, hanya sejak kebelakangan ini beliau mendapat tumpuan dunia fesyen dengan berskala besar.
Bertuahlah badan kerana Daphne mampu menanam jiwa muda dalam dirinya sekaligus tetap berasa yakin membuatkan dirinya kelihatan sungguh cantik dan ayu walau sekadar menghabiskan sisa-sisa kehidupannya.
Tonton sesi temu bual bersama Daphne Selfe