Pernah tak anda terfikir yang anda mungkin tinggal disebuah bandar yang sunyi tidak seperti mana yang anda tinggal sekarang. Sunyi, seram, sejuk dan mempunyai kisah-kisah mistik. Pasti ramai tidak tahu didunia sebenar juga ada bandar seram seperti dipaparkan didalam filem.
Wanista senaraikan 6 bandar yang boleh dijadikan destinasi baharu anda untuk melancong.
Naypyidaw, Myanmar
Pada tahun 2002, Naypyidaw sebuah bandar baru untuk ibu negara Myanmar. Ia adalah pusat utama kerajaan bermula 2005, namun tidak ramai datang berhijrah ke Naypyidaw kerana ia masih belum mencukupi pelbagai kemudahan seperti sekolah, perumahan dan hospital.
Bandar ini terdiri dengan beberapa zon seperti zon kerajaan, ketenteraan, perumahan dan pusat komersial. Pihak kerajaan Myanmar bersungguh dalam memajukan industri pelancongan mereka di bandar Naypyidaw tapi hasilnya tidak berjaya kerana tidak ramai pelancong berani kesana kerana menganggap bandar tersebut berbahaya.
Pyongyang, Korea Utara
Ini tak perlu Wanista perkenalkan lagi, terkenal dengan kepimpinan kuku besi Kim Jong-un negara Korea Utara sering mendapat perhatian media semasa tentang ancaman serangan nuklear dari mereka. Pyongyang, bandar misteri ibu negara Korea Utara yang 100% berbeza dari bandar Seoul.
Sebenarnya, Pyongyang bukanlah destinasi yang menakutkan pun sebab mereka mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menyediakan pelbagai acara menarik sepanjang tahun. Pemegang passport Malaysia boleh ke Korea Utara, tapi yang menjadi kerisauan Wanista mungkin disana sukar untuk mendapatkan makanan halal.
Ordos, China
Niat sebenarnya terciptanya bandar Ordos untuk menjadi sebuah bandar yang hebat dengan seni bina, plaza, stadium dan tempat tumpuan orang ternama. Malangya, semasa pembangunan bandar ini sedang disiapkan ekonomi di China merudum dan terpaksa memberhentikan projek.
Pripyat, Ukraine
Terletak di utara Ukraine, Pripyat bandar terbuang akibat kemusnahan kilang kuasa nuklear Chernobyl. Kesemua penduduk bandar tersebut dipindahkan selepas sehari bencana tersebut pada 27 April 1986. Dikatakan pada tahun 2065 tapak nuklear tersebut bakal bersih tapi sehingga kini bandar terbiar itu hanya dihantui dengan memori-memori lama..
Pulau Hashima, Jepun
Pulau industri yang dibina pada 1887 dibawah pengusaha lombong arang menyimpan pelbagai kisah hitam sejarah buruh paksa. Bermula 1916, pulau ini lengkap dengan pusat hiburan, hospital, sekolah dan taman untuk pekerja dan keluarga pelombong. Namun semasa Perang Dunia Kedua, tahanan perang dipaksa bekerja sebagai pelombong sehingga 1,300 orang mati akibat kemalangan, kepenatan dan kekurangan nutrisi. Tahun 1960 pulau ini ditutup akibat kemerosotan industri arang yang diganti dengan petrol.
Pulau Hashima dibuka pada pelancong pada April 2009 dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada Julai 2015.
Namie, Jepun
Nasib bandar Namie sama seperti Pripyat, pada Mac 2011 wilayah Tohuku dilanda gempa bumi dan tsunami yang menyebabkan kilang kuasa nuklear berhampiran musnah dan mengeluarkan radiasi berbahaya. Populasi bandar Namie sehingga Oktober 2016, sifar. Sehingga kini kerja pembersihan radiasi giat dijalankan.
Kalau Wanista cabar anda travel bandar yang disenaraikan, berani tak?