Bagi menyambut ulang tahun jenama fesyen terulung Coach, baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah pertunjukan fesyen di kota New York berkonsepkan rekaan fesyen versatile untuk lelaki dan wanita berkonsepkan gaya yang berciri individual sambil ditemani perincian yang berani dan berahi.
Eksklusif untuk ulang tahun yang ke-75, pertunjukan fesyen tersebut telah menampilkan model-model berjiwa besar termasuklah Gabriel Day-Lewis, Dilone, Winnie Harlow, Binx Walton and Lexi Boling -berjalan sambil memperagakan koleksi pra musim luruh untuk wanita dan koleksi musim luruh untuk lelaki yang rata-ratanya berasaskan helaian yang memanfaatkan fabrikasi jenis kulit dan bulu binatang serta perhiasan seperti motif tampalan, cetakan riben serta grafik ala retro.
Tidak lengkap andai pertunjukan fesyen mewah tidak ditemani dengan lagu-lagu iringan. Kali ini, Coach membawakan suatu kelainan, mempersembahkan alunan muzik “Empire State of Mind”.
Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com