Nak tahu tak sekarang anda tak perlu susah payah beli tiket bas di stesen bas, hanya klik sahaja. Semuanya di hujung jari!
Untuk pengetahuan anda, CatchThatBus telah melancarkan pilihan penghantaran tiket bas ke rumah, sekaligus menjadi aplikasi pembelian tiket bas pertama yang menawarkan ciri tersebut.
Pelanggan kini boleh membeli tiket bas daripada pelbagai operator di bawah Konsortium Transnasional Berhad (KTB), termasuk jenama operator popular seperti Transnasional, Plusliner dan Nice.
Buat masa ini, penghantaran tiket bas hanya meliputi kawasan sekitar Lembah Klang sahaja, dimana pembayaran secara tunai akan dibuat ketika menerima tiket bas.
Ciri terbaru ini adalah kolaborasi antara CatchThatBus, KTB dan MobileWaiter, yang merupakan rakan kongsi logistik. MobileWaiter akan menyediakan khidmat penghantaran tiket bas yang dibeli menerusi aplikasi telefon ke alamat pelanggan dan mengutip pembayaran tunai.
Pelanggan boleh menyemak jadual bas dan kekosongan tempat duduk menerusi CatchThatBus, serta membeli tiket bas menggunakan cara pembayaran selamat seperti kad kredit, kad debit, perbankan atas talian dan kini secara tunai pada bila-bila masa, di mana saja mengikut keselesaan mereka.
Cara-Cara Pembelian Tiket Bas:
- Langkah 1: Muat turun aplikasi CatchThatBus di Google Play Store atau Apple App Store
- Langkah 2: Pilih perjalanan dikehendaki dengan operator kegemaran anda. Pastikan anda tempah tiket dua (2) hari awal sebelum tarikh perjalanan anda!
- Langkah 3: Pilih ‘Cash on Delivery’ sebagai cara pembayaran anda
- Langkah 4: Masukkan alamat penghantaran dan masa penghantaran
- Langkah 5: Buat pembayaran secara tunai ketika menerima tiket
Aplikasi CatchThatBus boleh dimuat turun untuk peranti Android dan iOS serta menerusi laman web www.catchthatbus.com.