Sepanjang Disember ini, jangan ketinggalan untuk menghujani orang yang tersayang dengan pelbagai hadiah mewah yang ditawarkan oleh Reebonz! Terdapat lebih 500 jenama pereka terkemuka dan lebih 100,000 produk mewah yang baru dan yang terpakai.
Usah risau, meskipun ada sesetengan barangan mewah yang dijual adalah terpakai, nilai dan kualitinya masih lagi terpelihara dengan pemantauan yang dilakukan oleh pihak Reebonz sebelum mengambil dan menjualnya kembali kepada umum.
Bukan itu sahaja, bagi meleraikan kegundahan anda yang mungkin dihantui tekanan kala mencari-cari hadiah yang paling cocok untuk teman-teman mahupun kaum keluarga, Reebonz ada penyediakan panduan ringkas yang boleh anda jadikan rujukan menerusi laman www.reebonz.com/giftguide.
Apa? Anda membeli-belah dengan berpandukan bajet dan kemampuan? Reebonz akan memudahkan pencarian anda dengan menyediakan segmen-segmen tertentu mengikut kategori barangan yang dikelaskan kepada harga RM1,500, RM3,000, RM6,000 dan RM7,500. Lebih menarik, anda bakal dijamu dengan banyak kejutan setiap hari menjelangnya Krismas pada 25 Disember. Jadi, sila merajinkan diri untuk memeriksa laman Reeboonz di www.reebonz.com/my setiap hari.
Promosi Berkala Reebonz
12 – 16 Disember: Bersempena tempoh Reebonz Splurge, nikmati diskaun 20% jika membeli sebarang barangan di Reebonz.
17 – 25 Disember: Nikmati diskaun 15% jika membeli sebarang barangan di Reebonz.
16 – 31 Disember: Pemegang kad Mastercard berpeluang mendapat diskaun 18% jika membeli sebarang barangan di reebonz
Oh ya! Pastikan anda membuat tempahan barangan selewat-lewatnya pada 16 Disember, 11.59pm agar item tersebut dapat dihantar kepada anda sebelum Krismas!
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi Reebonz Malaysia di www.facebook.com/ReebonzMY