FashionValet, laman portal Asia Tenggara terkemuka hari ini melancarkan butik fizikal kedua di Malaysia! Dengan keluasan 2,358 kaki persegi, butik terbaru ini berlokasi di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh butik-butik ternama di Unit 4.20 & 4.21, Tingkat 4, Pusat Membeli Belah Pavilion. Dengan menempatkan 40 jenama yang terdiri daripada jenama fesyen ke barangan kulit juga produk penjagaan badan, FashionValet semestinya menjadi tumpuan buat yang gemar membeli-belah.
Butik FashionValet di Pavilion menyerupai gaya Butik di Bangsar Village II di mana ia mengetengahkan konsep rekaan dalaman yang chic bersama suasana yang tenang dalam penggunaan gabungan rona-rona emas dan lembut. Saat melangkah kaki ke butik, para pelanggan disambut dengan pelbagai barangan bermacam warna, termasuk gaya fesyen dan aksesori terkini menanti untuk dibawa pulang.
Di bahagian kiri, iMacs tersusun buat para pelanggan melayari laman web FashionValet sekiranya ada saiz dan rekaan yang tidak terdapat di butik. Terdapat juga ruang rehat yang selesa di tengah-tengah butik buat para suami sementara menanti si isteri membeli-belah. Lima bilik salinan juga tersedia di dalam butik untuk memudahkan pelanggan dalam bilangan yang besar.
Melalui laman web www.fashionvalet.com, FashionValet telah berkembang daripada 10 jenama hingga ke 400 jenama. Jenama ini bukan sahaja berkembang di Malaysia malahan ke Singapura, Indonesia dan Brunei hingga ke serata Asia Tenggara. Butik pertama dibuka di Bangsar Village II, kemudian diikuti dengan 313@ Somerset di tengah-tengah kesibukan Orchard Road di Singapura dan akhirnya melandas di satu-satunya pusat membeli-belah paling terkemuka di Kuala Lumpur, Pavilion Kuala Lumpur.