Mamonde, jenama kecantikan dari Korea Selatan bakal menyengah ke selatan Malaysia dengan pembukaan kaunter ketiga mereka di Pusat membeli-belah Aeon Bukit Indah, Johor Bahru. Kaunter kecantikan itu menyediakan lebih dari 150 produk penjagaan kulit dan wajah, solekan dan penjagaan rambut. Diinspirasikan dari bunga-bungaan yang menjadi bahan utama dalam formulasi produk.
Bukan sahaja membuat jualan, kaunter ini juga menawarkan urutan tangan ‘Flower Touch’ dengan tujuh jenis krim untuk dipilih dan juga rundingan kulit bersama pakar Mamonde. Kaunter baru ini memperkenalkan Flower Experience Corner, sudut untuk pelanggan merasai dan mempelajari mengenai ilmu sains bunga. Selain itu, wangian aromaterapi juga menenangkan minda dengan bauan lembut.
Mamonde produk penjagaan kulit yang pertama menjadikan bunga sebagai kunci utama didalam elemen produk bersama bahan semulajadi yang lain.
Bersempena pembukaan kaunter yang baharu, Mamonde memberi cenderahati eksklusif, set hadiah Mamonde (8 produk) dan bagasi bersaiz 24″ dengan setiap pembelian RM450 dan percuma pendaftaran keahlian Club Mamonde.
Facebook : Mamonde Malaysia