NYX Professional MakeUp, anak syarikat konglomerat kumpulan L’Oréal, hari ini melancarkan kerjasama eksklusif atas talian dengan platform e-dagang atas talian yang menawarkan produk kecantikan yang terbesar di Malaysia, Hermo.
Bermula pada bulan Disember 2016, Hermo Malaysia akan mula menawarkan koleksi produk yang inovatif dan unik daripada jenama NYX Professional MakeUp – menjadikan produk-produk jenama NYX Professional MakeUp lebih mudah didapati jika dibandingkan dengan sebelum ini. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, koleksi eksklusif produk-produk jenama NYX Professional MakeUp, termasuk Ultimate Shadow Palette dan Cosmic Metals Lip Cream, boleh didapati secara eksklusif di laman web Hermo Malaysia.
Penambahan jenama NYX Professional MakeUp mencerminkan komitment yang ada pada Hermo Malaysia untuk terus menawarkan pelbagai produk kecantikan jenama antarabangsa yang terkenal serta pelbagai jenama lain di bawah kumpulan L’Oreal, termasuk L’Oreal Paris, Maybelline, Garnier, Biotherm dan Clarisonic semenjak bulan Ogos 2015.
Hermo bekerjasama secara langsung dengan pemilik dan pengedar jenama, menawarkan panel utama bagi setiap jenama di laman web Hermo dan memaksimumkan manfaat bagi kedua-dua pihak iaitu jenama dan penggunanya. Bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna, Hermo memberi jaminan 100% ketulenan bagi semua produknya, dasar polisi yang merangkumi bayaran balik sepenuhnya dalam masa 14 hari dan penghantaran cepat di antara 1 – 3 hari untuk para pelanggannya. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Hermo, sila layari http://www.hermo.my.