THAVIA dengan bangganya mempersembahkan koleksi UNINHABITED buat wanita yang ‘free spirited’. Direka disini, koleksi ekslusif ini merangkumi trend fesyen terikini, bersesuaian buat wanita yang gemarkan stail chic dan klasik.
Koleksi UNINHABITED membariskan palet warna inspirasi zaman 90-an dengan terjemahan lanskap padang pasir nomad. Kombinasi jingga gelap, menyelubungi padang pasir mencipta rasa sebahagian daripada sesuatu yang cukup hebat, rona lanskap bukan selalu dijelajahi dalam kehidupan kota. Palet neutral ini termasuk rona klasik hitam, biru gelap, hijau lumpur yang baru sahaja diumumkan antara warna Pantone 2017, juga rona belang yang penuh tekstur. Pelanggan bakal dihidangkan dengan sentuhan gabungan fabrik sifon berlipat dan crepe ringan yang mencipta siluet moden dan feminin. Collection 3, koleksi ketiga daripada THAVIA sememangnya dicipta untuk wanita moden bersama karier tersendiri – refining chic, sementara modest friendly; oleh sebab itu identity #refinedchic tercipta.
Dengan 15 stail dalam lingkungan saiz XS hingga ke L, pelanggan THAVIA boleh memilih seleksi bermula dengan dresses dan pakaian cukup versatil yang boleh disuai padan untuk apa jua acara. Harga bermula daripada RM180 hingga RM600.
THAVIA juga berkolaborasi dengan Wanderlust+co bersama set percutian istimewa dalam empat stail, yang semestinya melengkapkan lagi koleksi UNINHABITED. Kini boleh dibeli di Butik FashionValet di Pavilion.
Lawati THAVIA UNINHABITED di : www.thaviathelabel.com