Beberapa tahun sudah, aktor A list Hollywood Will Smith dikhabarkan sanggup berkunjung ke Seoul semata-mata mahu membawa anak sulungnya bertemu dengan ikon muzik K-Pop, G Dragon!
Allkpop melaporkan, Smith sanggup berbuat demikian demi menunaikan hasrat anaknya yang sangat mengagumi G-Dragon.
“Jaden menjadikan anggota kumpulan Big Bang itu sebagai idolanya dalam mengembangkan kariernya sebagai penyanyi rap di Amerika Syarikat.
“Dia turut menulis status di Twitter miliknya pada 7 Disember lepas mengatakan bahawa G-Dragon merupakan seorang yang menjadi inspirasinya bergelar sebagai artis.
G Dragon Is My Inspiration.
— Jaden (@jaden) December 7, 2016
“Mereka juga dilihat telah menghabiskan masa bersama di studio rakaman penyanyi itu,” kata sumber.
Video Temu Ramah Will Smith Bersama KBS Ketika Lawatan Ke Korea Pada Mei 2013
Alang-alang telah berada di bumi hiburan itu, Jaden tidak melepaskan peluang untuk turut bersua dengan selebriti di bawah naungan YG Family seperti Psy, CL dan Taeyang sepanjang lawatan berkenaan.
SUMBER: Astro Gempak & Allkpop