Udara segar, cahaya matahari yang menyinar, penanaman dan penuaian… tiada apa yang begitu memuaskan jika dibandingkan dengan kegembiraan kehidupan di taman hijau di mana tanaman herba British yang segar serta sayur-sayuran disanjung dengan sewajarnya di dalam koleksi Gardeners yang tersendiri daripada Crabtree & Evelyn®.
Pada musim ini, Crabtree & Evelyn® kembali pada akar asalnya untuk merumus dan menyempurnakan resipi sabunnya yang bersejarah dari taman Inggeris yang subur. Dihasilkan oleh tukang-tukang berpengalaman dengan menggunakan bahan-bahan botani yang halus, koleksi sabun baru ini memberikan aroma asli sayur-sayuran segar yang dipetik daripada taman termasuk – selada, timun, lobak merah dan tomato.
Menjaga kulit dengan koleksi yang berkhasiat tinggi ini, yang diilhamkan oleh hobi kegemaran di negara England. Sama ada anda ingin menanam bunga di taman untuk musim bunga ataupun hanya sekadar untuk menikmati taman bunga yang kembang mekar, koleksi Gardeners dapat membantu untuk memulihkan, melegakan dan melindungi tangan anda.
Koleksi Sabun Gardeners yang baru daripada Crabtree & Evelyn® boleh didapati di kesemua kedai- kedai Crabtree & Evelyn® bermula daripada January 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Sabun Gardeners yang baru, sila layari www.crabtree- evelyn.com.my atau ikuti Crabtree & Evelyn® Malaysia di Facebook atau Instagram @crabtreeevelynmy.