Rangkaian studio memasak popular di Jepun baru sahaja mengembangkan empayar mereka di Malaysia dengan membuka studio memasak pertama di ibu negara, Pavilion Elite baru-baru ini.
Memiliki lebih 135 buah studio di Jepun dan 20 buah lagi seluruh dunia, ABC Cooking Studio kini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk belajar dan mendalami ilmu serta teknik memasak ala Jepun secara dekat.
Menawarkan 5 khursus memasak termasuklah masakan berlauk, roti, kek, Wagashi (manisan jepun) serta kelas memasak untuk kanak-kanak. Semua pelajar yang mendaftar untuk mengambil khursus akan dipimpin secara intensif oleh jurulatih masakan berpengalaman ditemani persekitaran studio yang lengkap dengan peralatan serta perkakas dapur terkini.
Tak perlu gusar, selain penerangan jelas yang diberikan oleh jurulatih, setiap seorang pelajar akan diberikan sehelai resepi berilustrasi untuk lebih memudahkan pemahaman serta cara untuk memasak sesebuah hidangan. Setiap satu resepi yang ditawarkan untuk pengajaran juga adalah digubah oleh para profesional studio sendiri berasaskan teknik memasak eksklusif dari Jepun agar hasil masakan lebih menyerlah sekaligus bersifat unik.
Setiap pengajaran akan disertai 4 orang dalam satu kumpulan bersama seorang jurulatih -menjadikan proses pembelajaran sangat efektif!
Jika berminat, anda boleh menghadiri satu sesi kelas percubaan yang berharga RM95 seorang. Peserta boleh memilih untuk memasak satu hidangan dari 5 khursus yang ditawarkan selama 2 jam. Yuran keahlian seumur hidup pula adalah RM250. (Untuk jangka masa terhad, yuran keahlian hanya RM125)
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.abc-cooking.com.my atau lawat laman Facebook rasmi ABC Cooking Studio Malaysia di www.facebook.com/abccookingstudio.my.
Lokasi:
Pavilion KL Elite Lot7.102,
168 Jalan Bukit Bintang 55100
Kuala Lumpur.Malaysia
Nombor Telefon:
012 914 0002 / 012 973 000