Pasti ada sahaja ahli keluarga terdekat atau kenalan yang mempunyai masa susah dan sakit. Harus bagi kita menziarahi mereka sebagai tanda ingatan dan menyokong mereka disaat-saat ini.
Ada diantara kita kurang menitikberatkan keadaan sekeliling semasa melawat orang sakit. Selamba sahaja berbual dengan suara yang kuat dan duduk lama sehingga berjam-jam. Paling mengecewakan bila anda datang dengan tangan kosong. Iya memang bukan wajib untuk anda membawa buah tangan tapi sedikit sebannyak pesakit akan berasa gembira dan memberi reaksi yang positif.
Wanista kongsikan adab melawat orang sakit yang boleh anda terapkan dan idea buah tangan yang boleh dibawa ketika menziarah.
Adab Ziarah Orang Sakit
- Memakai pakaian yang sesuai dan sopan
- Jangan datang pada waktu malam, kemungkinan pesakit sedang berehat
- Elakkan berbual mengenai isu yang berat seperti politik
- Elakkan membawa anak kecil
- Bertanya khabar dan keadaan sebenar pesakit
- Jangan bercerita mengenai orang yang sudah meninggal atau menakut-nakutnya
- Memberi kata-kata semangat dan galakan kepada pesakit
Idea Buah Tangan Untuk Pesakit
Buah-buahan yang siap dipotong – buah-buahan yang dibungkus didalam bakul memang kelihatan amat cantik tapi lebih baik dan mudah jika anda menyiapkan buah yang sudah dipotong. Pesakit boleh menikmatinya terus daripada menyusahkan si sakit untuk kerja megupas dan memotong.
Travel kit mandian atau penjagaan badan – sesuai untuk pesakit yang bermalam di wad. Cukup dengan krim mandian, losyen tangan, berus gigi dan ubat gigi.
Makanan berat seperti bubur berkhasiat – kalau anda mengunjungi pesakit pada waktu tengahari atau petang sesuai sajikan pesakit dengan makanan berat seperti bubur atau roti. Pilih makanan yang lembut dan mudah dihadam, kalau pesakit di hospital bawa sekali kelengkapan seperti mangkuk dan sudu.
Pencuci mulut atau makanan ringan – Makanan yang manis-manis boleh memberi tenaga kepada pesakit tapi biar ia berpada-pada. Ketahui keadaan pesakit, jangan pula sakitnya diabetes anda hidangkan bubur jagung, itu mengundang bahaya. Nasihat penulis, anda boleh sediakan makanan seperti yogurt, biskut lemak rendah dan kekacang organik.
Selimut atau bantal – Mungkin agak janggal untuk memberi buah tangan seperti bantal atau selimut. Tapi tak salah pun sebagai tanda anda mengambil berat keselesaan pesakit sepanjang tempoh rawatan.
Bahan bacaan atau hiburan – Jika si sakit yang anda kenali suka membaca, bawakan beberapa majalah yang menarik untuk menjadi ruang membuang waktu bosan. Kalau boleh elakkan memberi novel yang tebal atau buku cerita yang ‘berat’.
Rujukan 1