Kalendar Lunar yang baru bakal tiba nanti petanda bermulanya hidup baru! Kenakan pakaian yang bergaya, cantik dan supaya tampak bersemangat menempuh hari-hari yang akan datang. Bersempena dengan Tahun Baru Cina 2017, jenama pakaian terkemuka Levi’s® menghasilkan rekaan yang membawa maksud keyakinan, aura tuah dan bersesuaian dengan rekaan yang mengikuti peredaran fesyen terkini.
Untuk Lelaki
Helaian bergaya untuk si kacak dengan panel menarik di jeans dan warna merah yang memonopoli corak pada setiap pakaian.
Untuk Wanita
Didatangi dengan pakaian ala boyish, si gadis tampak berani dan ceria sepanjang hari bersama rekaan Levi’s®.
Koleksi ini bakal menemui anda pada Januari 2017. Nantikan!