Laneige memperkenalkan butik terkini di Pavilion Elite, bersebelahan dengan Pavilion Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, butik ini dibuka pada 2 Disember 2016.
Butik baru ini akan membawa rangkaian penuh produk penjagaan kulit dan solekan Laneige, sebagai tambahan kepada barisan produk eksklusif yang hanya boleh didapati di Butik Laneige.
Untuk meraikan pembukaan butik Laneige di Pavilion Elite, jenama itu melancarkan tiga produk baru Travel Kit, Scented Card dan Water Pocket Sheet Mask. Ini akan menyertai rangkaian produk sedia ada Laneige seperti Sleeping Ball, Water Science Mist dan Lip Card, yang semuanya dijual secara eksklusif di butik Laneige.
Koleksi Travel Kit memudahkan anda untuk menjaga kecantikan kulit sepanjang perjalanan dengan pembungkusan didatangkan dalam saiz yang kecil dan berwarna-warni mudah diletak dalam luggage tangan sahaja.
Laneige Travel Kit dijual pada harga RM82 setiap pek. Baru-baru ini juga, Laneige baru melancarkan butik baru di KOMTAR JBCC dan Sunway Velocity.