Solekan pembayang mata yang dahulunya popular sekitar tahun 80an kini telah kembali dengan trend lebih memukau.
Jika dahulu, rona neon seperti biru, merah jambu, kuning dan hijau menjadi igauan para gadis dan wanita seantero dunia, kini mereka sesungguhnya lebih cenderung untuk menyalit warna-warna berasaskan warna tanah pada kelopak mata demi memberi ilusi seksi.
Justeru bersempena dengan pelancaran koleksi musim perayaan, Sephora ada mengeluarkan beberapa produk solekan baharu termasuklah palet pembayang mata yang terdiri dari empat rona matte dan lima rona shimmer ini digelar SEPHORA The Delicate.
Palet pembayang mata genit sebesar tapak tangan ini mudah diusung kemana-mana kerana rekaannya yang berbentuk segi tiga nipis malah ianya berguna untuk solekan day to night! Sungguh mengujakan, SEPHORA The Delicate sesuai bagi mereka yang gemar rangkaian warna dari nude hinggalah kepada warna emas, gangsa dan ungu.
Apa yang memudahkan, palet ini disertai panduan langkah solekan bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan solekan mata. Panduan bergambarnya adalah jelas, dipaparkan pada bahagian pembuka palet dan setiap satu serbuk pembayang mata telah siap dilabel dengan nombor 1 hingga 9.
Calitan kompilasi warna yang ada di dalam palet amat terang pada kulit kecuali warna shimmer dark blue yang dilabel dengan nombor (6) adalah sedikit bercapuk konsistensinya. Jika anda mahu menggunakan rona biru berkilau tersebut, sebaiknya pastikan berus yang digunakan adalah bertepatan serta jangan lupa terlebih dahulu sapukan eyeshadow primer pada keseluruhan kelopak mata untuk menyerlahkan lagi warna serbuk pembayang mata yang disapu.
Untuk tatapan anda, ini tutorial solekan yang Wanista sediakan:-
#Langkah 1
Mulakan solekan mata dengan wajah bersih. Sapukan eyeshadow primer terlebih dahulu pada keseluruhan kelopak mata kerana ia bisa mengekalkan solekan mata lebih lama dan menyerlahkan lagi warna serbuk pembayang mata yang digunakan.
#Langkah 2
Dengan menggunakan berus yang betul, sapukan warna pinkish beige nombor (7) pada keseluruhan kelopak mata sehingga sampai ke bahagian penghujung dan dibawah kening sedikit.
#Langkah 3
Seterusnya, sapukan warna gangsa nombor (2) pada keseluruhan kelopak mata.
#Langkah 4
Untuk mencipta sedikit dimensi, sapukan rona ungu nombor (3) pada bahagian suku penghujung kelopak mata dengan gerakkan membentuk segi tiga.
Sambil itu, gunakan “eyeshadow blending brush” untuk ratakan warna pembayang mata supaya hasilnya nampak sekata dan tidak kasar.
#Langkah 5
Akhir sekali, sapukan rona metalik berkilau nombor (9) di bahagian bawah kening untuk mencipta ilusi tulang kening yang tinggi dan menawan.
#Langkah 6
Siap! Anda boleh gayakan bulu mata palsu untuk timbulkan aura dramatik berserta olesan gincu rona plum.
Percayalah, dengan palet pembayang mata SEPHORA The Delicate ni, solekan mata akan jadi semudah ABC. Rugi kalau anda tak beli 🙂
Harga yang ditawarkan adalah RM45 seunit! Cepat sementara stok masih ada. [KLIK DI SINI]