Menjelang musim perayaan bunga tahunan, ZALORA melancarkan koleksi Tahun Baru Cina yang ketiga dengan kepelbagaian pakaian perayaan moden yang lebih 200 rekaan untuk wanita bergaya masa kini. Pastikan diri anda kekal dihadapan dengan trend kini untuk sambutan perayaan yang akan datang di ZALORA.com
Koleksi eksklusif kali ini fokus pada ciri kewanitaan estetik kontemporari romatik digelar ‘Modern Romatics’. Direka khas dengan perincian lembut seperti lapisan halus, ruffles dan lengan flare bersama struktur moden. Fabrik sifon berwarna pastel dan ciri utama kewanitaan seperti lace merupakan kunci koleksi ini.
Menampilkan pelbagai jumpsuit dan romper dalam corak musim bunga, dress off-shoulder serta skrit asymmetrical, seluar dengan ciri scallop dan juga baju peplum yang digemari ramai. Kombinasi warna neutral klasik, biru serta merah jambu lembut digunakan dalam koleksi perayaan ZALORA Tahun Baru Cina 2017 disamping warna merah bertuah wajib untuk setiap sambutan.
Koleksi tahun Baru Cina 2017 ZALORA boleh didapati sekarang di 6 pasaran eksklusif:- Singapura, Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Filipina degan harga diantara RM59 hingga RM229. Anda boleh membuat pembelian di www.zalora.my/chinese-new-year/ atau di aplikasi mobil ZALORA.