Tahukah anda bahawa gaya hidup boleh menjejaskan keadaan kulit? Kulit anda akan menjadi lemah, lesu atau tersumbat dan hal ini berkait dengan gaya hidup anda. Sebagai contoh, jika anda berjaga hingga lewat malam dan tidak mendapat tidur yang mencukupi, sekaligus menyebabkan kulit anda tidak bermaya.
Jadi, produk apa yang boleh memulihkan keadaan kulit agar kulit tampak segar dan sihat pada bila-bila masa, di mana jua.
Selepas 10 tahun penyelidikan, Clarins memperkenalkan tiga formula booster kulit yang menakjubkan di mana kulit anda akan mendapat kebaikannya dengan serta merta melalui beberapa titik, tidak kira bagaimana pun keadaan kulit anda.
3 Booster ini memberikan anda penyelesaian dalam mendapatkan kulit bersih:
https://www.instagram.com/p/BLsbexMBcCF/?taken-by=wanistadotcom
Booster Energy – Untuk kulit tidak bermaya yang tampak kusam, serum tenaga – Booster Energy membantu untuk tona kulit sekata dan pulihkan tenaga kulit, meminimakan tanda-tanda letih, menyerlahkan seri wajah. Semua ini disebabkan konsentrasi formula yang tinggi diperkaya dengan ekstrak ginseng juga dikenali dengan sifatnya yang merangsang.
Booster Repair – Untuk kulit lemah yang rasa tidak selesa, serum pembaikpulih – Booster Repair membantu untuk mengurang rasa ketidakselesaan, memberikan kekuatan kulit yang optima, mengurangkan kulit yang tampak merah merengsa. Semua ini disebabkan formulasi dengan ultra konsentrasi yang diperkaya melalui ekstrak mimosa tenuiflora, dikenali dengan sifat membaik pulih.
Booster Detox – Untuk kulit tersumbat yang tidak lagi boleh bernafas, serum detoks – Booster Detox membantu untuk memulih seri wajah yang sudah kusam, menyahtoksin dan mengisi kulit. Semua ini disebabkan oleh formulasi dengan konsentrasi ultra diperkaya dengan ekstrak green coffee, yang dikenali dengan sifat penyahtoksik.
Cara aplikasi:
Dengan menggunakan telapak tangan, campurkan tiga ke lima titik Booster dengan krim wajah kebiasaan anda, serum atau masker wajah. Gunakan Booster selama sehari, seminggu atau sebulan – bila-bila masa ketika kulit anda memerlukan rangsangan.
Setiap botol dijual pada harga RM190/15ml.