LG adalah jenama elektronik yang tidak asing lagi. Sering menghasilkan inovasi baharu yang bertepatan dengan kehidupan moden masa kini, baru-baru ini LG Electronics mengumumkan pelancaran dua buah lagi ciptaan yang berlandaskan teknologi dengan fungsi menakjubkan termaksuklah Inverter Linear Compressor Refrigerator dan OLED B6 TV.
Kedua-dua ciptaan ini khusus memfokuskan revolusi teknologi yang dihasilkan LG sendiri malah memberi kenikmatan berganda kepada pengguna -memberi peluang kepada semua untuk mendapat manfaat dari kedua-dua ciptaan tersebut.
OLED B6 TV ini adalah edisi terkini untuk ciptaan OLED TV terdahulu yang banyak memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dengan memiliki dua kelebihan unggul iaitu Dolby Vision serta standard HDR10. Ia kemudian dapat memberi pengalaman sinematik yang tidak terhingga kepada penonton kerana resolusi warnanya lebih menyerlah dan realistik. Meskipun televisyen sedang memaparkan babak di dalam gelap atau latar yang gelap, objek akan tetap jelas umpama 3 dimensi.
Bukan itu sahaja, LG selama ini telah berkolaborasi bersama Harman/kardon iaitu pakar dalam bidang industri audio untuk turut melengkapi inovasi OLED B6 TV dengan sistem audio terbaik. Ini supaya penglaman menonton itu lebih menakjubkan umpama menonton di panggung wayang.
Bagi peti sejuk moden Inverter Linear Compressor Refrigerator pula, ia dapat menjimatkan kadar penggunaan tenaga sebanyak 32 peratus dan kedap bunyi enjin sebanyak 25 peratus. Tiada lagi masalah untuk membayar bil yang tinggi!
Apa yang menarik, peti sejuk janaan teknologi LG ini dilengkapi ciri pintu dalam pintu di mana, anda boleh melaras penggunaan pintu sama ada untuk membuka pintu utama atau membuka pintu kecilnya sahaja agar angin sejuk di dalam peti ais kekal segar dan tidak dilepaskan terlampau banyak sepertimana peti sejuk yang lain.
Tekonologi Moist Balance Crisper yang ada pada peti sejuk bertindak untuk memberi kesegaran dan kelembapan yang cukup pada simpanan sayur-sayuran dan buah-buahan agar semuanya tetap rangup dan segar. Bukan itu sahaja, Inverter Linear Compressor Refrigerator mempunyai ruangan yang besar dengan kapasiti 600L. Hebat bukan?
https://www.instagram.com/p/BOD6y65Bbp9/?taken-by=wanistadotcom
Dari segi reka bentuk, peti ais premium ini diperbuat dari bahan logam tahan karat serta kemasan yang sofistikated menampakkan gaya mewah yang sesuai dijadikan titik pandangan utama di dapur. Inverter Linear Compressor Refrigerator adalah sesuai dijadikan pelaburan jangka panjang untuk sesebuah keluarga yang harmoni.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.lg.com/my