Dunia solekan tahun 2016 menampilkan pelbagai bentuk solekan dari sempurna sehinggalah yang pelik, aneh. Menyaksikan teknik highlighting, warna-warna nude dibibir dan eyebrow on fleek menjadi ikutan sepanjang tahun ini.
Tidak dilupakan juga tumpuan media apabila kaum adam turut menjadi solekan sebagai ‘kelangsungan kehidupan’ mereka antaranya Makeup Artis Lelaki Malaysia, 5 Makeup Artis Lelaki Wajib Follow Di Instagram dan James Charles Sebagai CoverGirl.
Bab solekan bukan lagi perkara remeh tapi wajib diketahui setiap insan didunia. Bagi yang ketinggalan mengikutinya bakal dianggap tidak menepati citarasa dan tidak cukup untuk digelar sebagai makeup geek.
Wanista juga tidak mahu pembaca ketinggalan ‘berita rahsia’ ini, nah ini dia 4 trend solekan 2017 dari pakar kecantikan Rachel Brook.
Bibir Gaya ‘Bold’
Bold – dari warna gelap dan terang bakal memenuhi bibir setiap pencinta solekan. Selamat tinggal warna nude, kerana teknik warna bibir ombre, glitter dan metalik kembali menjengah.
Maskara Berwarna
2017 bakal menjadikan warna bulu mata ‘gila-gila’. Jika sebelum ini, warna hitam pilihan utama warna maskara tapi maskara dengan warna biru elektrik, emas dan merah diserlahkan dengan pembayang mata smokey. Percayalah!
Teknik Sunstripping
Lupakan mencari palet berkilat untuk highlighting. Teknik sunstripping sapuan bronzer dari kedua tulang pipi sehingga ke tengah hidung adalah efek terbaru 2017.
Tanda ‘Freckles’ Tiruan
Siapa sangka freckles atau jeragat menjadi trend solekan 2017. Jika parut jerawat ramai ingin menutupnya lain pula dengan jeragat, lagi ingin menyerlahkannya. Walaupun anda tidak mempunyai tanda jeragat semulajadi, jangan risau ia boleh dilukis dengan mudah.
Anda sudah sedia belum untuk 2017?!