Semalam, 27 Disember 2016, Abe Shinzo telah melawat bandar serangan peperangan dunia kedua. Perdana Menteri Jepun itu adalah yang pertama melawat Pearl Harbor selepas serangan perang dunia kedua pada 1941.
Abe Shinzo bersama-sama Barack Obama bertafakur dan mengingati sejarah buruk yang pernah berlaku pada kedua-dua negara.
Lawatan simbolik itu diadakan di Kapal Perang USS Arizona yang telah dibina semula dan tapak memorial yang meletakkan nama-nama mangsa yang mati akibat peperangan itu.
Abe tiada membuat kenyataan memohon maaf serangan 1941 itu, namun beliau berjanji Jepun tidak akan terlibat lagi dalam mana-mana peperangan.
Pada awal tahun ini, Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat kawasan letupan bom atom Hiroshima.