Lee Min Ho, nama besar di Korea Selatan yang sentiasa menggalas watak hero pujaan ramai. Bermula pada tahun 2006, beliau mengambil tempat di kaca televisyen kemudian mencuri mata penonton dengan sajian lakonan yang sempurna dan rupa paras yang kacak juga merupakan satu bonus.
Kini genap 10 tahun berada didalam dunia lakonan, boleh dikira sudah banyak jenis karakter yang dibawa oleh Lee Min Ho. Bersesuaian dengan itu juga, pastilah penampilan Lee Min Ho juga sering bertukar-tukar.
Apa yang menarik perhatian Wanista, Lee Min Ho bukanlah aktor yang terus kelihatan sempurna penampilannya pada awal kemunculannya, beliau juga pernah mengayakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya iaitu stail rambut.
Wanista sediakan gambar gaya rambut Lee Min Ho from zero to hero untuk tatapan pembaca.
Secret Campus (2003)
Jika penyanyi Suzy isytihar bercinta dengan Lee Min Ho pada tahun 2003, penulis langsung tak ambil pusing siapakah lelaki yang beliau dilamun cinta itu. Gaya yang rambut yang sangat serabut, bercacak membuat penulis terfikir, berapa lama agaknya penata rias untuk menyiapkan look ini.
Mackerel Run (2007)
‘Adik-adik’ sangat wajahnya..alahai. Lee Min Ho memegang watak utama bermula dengan drama bersiri ini. Malangnya, drama ini hanya muncul lapan episod kerana tidak mendapat rating yang rendah. Walaupun gaya rambut ini panjang tapi lebih kemas dan kalau perasan warna rambut keperangan. Wah! Dah pandai warna rambut yer..hehehe~
I Am Sam (2008)
Hair fringe dihadapan lebih kemas dan nipis. Tidak banyak berubah dari gaya yang sebelum ini, mungkin ini stail paling laris atau trend di Korea Selatan ketika itu.
Faith (2012)
Penulis tak faham, kenapa rambut pahlawan pada zaman dahulu kala perlu dibelah dengan penuh bergaya. Peliknya, gulungan kerinting dan warna perang juga ditambah. Macam tidak berapa sesuai dengan watak dan jalan cerita yang dibawa Lee Min Ho.
Boys Over Flowers (2009)
Gu Jun Pyo, nama hero yang pasti tidak dapat dilupakan setiap penonton setia drama Korea. Boys Over Flower drama adaptasi dari drama Jepun ini memberi aura baru kepada Lee Min Ho. Namun, gaya rambut Gu Jun Pyo bukanlah pilihan penulis. Gulungan kerinting agak menganggu dan wajah Lee Min Ho agak keanak-anakan.
City Hunter (2011)
Melampau sangat hair fringe hadapan kali ini. Tebal, panjang sampai tak nampak bentuk dahi. Walaupun rambut tidak lagi bergulung kerinting tapi berpada-pada lah pada ketebalan rambut, boleh berjerawat kulit dahi sebab tidak dapat udara yang cukup. Jangan marah oppa! Hahahaha.
Personal Taste (2010)
Siapa suka tengok cerita ni? Penulis suka! Personal Taste, drama romantik komedi yang ringan dan tidak melebih-lebih. Nampaknya gaya rambut didalam drama ini seakan-akan sama seperti Secret Campus (2003). Bercacak dan panjang tapi zaman sudah berubah, gaya cacak kali ini lebih berjaga-jaga, helaian rambut dibentuk rapi.
The Heirs (2013)
Handsome! Mungkin peranan yang dibawa sebagai chabeol (anak orang kaya) jadi gaya rambut haruslah rapi dan nampak ‘mahal’. Hair fringe tetap juga jadi pilihan stylish beliau untuk drama The Heirs, tapi hair fringe dipotong dengan kemas dan disisip ketepi beri kelainan dari gaya-gaya sebelum ini.
The Legend of the Blue Sea (2016)
Yes, drama meletup terbaru dari beliau dengan gandingan hebat Jun Ji Hyun, telah menampilkan lebih dari satu gaya rambut. Semuanya tampak sepadan dengan beliau dan no more excessive hair fringe! Mana satu jadi pilihan anda diantara keempat-empat ini?
Gangnam Blues (2015)
Filem aksi Gangnam Blues ini menyerlahkan sisi kelakian dan matang Lee Min Ho. Begitu juga pilihan gaya rambut belah tepi yang kelihatan sangat sesuai dengan bentuk muka beliau. Barulah namja!
Wanista nak tanya, ini rahsia antara kita sahaja, gaya rambut yang mana anda rasa paling worse? Sshhhh~
Rujukan 1