Saban hari, kehidupan masyarakat dunia masa kini hampir dipenuhi tugasan harian yang sangat padat. Individu di Malaysia terutamanya sangat peka dengan pengambilan makanan harian.
Menurut hasil kajian Malaysian Adults Nutrition Survey (MANS) 2014, lebih separuh orang dewasa di Malaysia tidak makan mengikut masa yang sepatutnya serta tidak mendapat faedah nutrien yang cukup. Ini adalah kerana gaya hidup yang sibuk seterusnya mempengaruhi cara pemakanan dan lebih ramai yang memilih hidangan merangkumi diet tidak sihat.
MAGGI mengambil langkah proaktif memperkenalkan rangkaian MAGGI OatMee Noodles iaitu sejenis mi kukus yang diperbuat dari 51 peratus bijirin oats dan 94 peratus kaya gandum protein yang dituai segar dari Australia. Perisanya juga lebih menyerlah mengandungi lebih 12 jenis rempah asli yang memberi kesedapan berganda.
Apa yang lebih menarik, hidangan mi bijirin oats ini akan membekalkan 15 peratus serat yang diperlukan oleh tubuh manusia dewasa sekaligus menukar persepsi rakyat Malaysia bahawa Maggi merupakan jenama hidangan segera sihat yang bukan sahaja sedap malah memberi tenaga dan nutrien baik pada semua.
Terdapat dalam pilihan perisa kari klasik ikonik jenama MAGGI, anda pasti berpuas hati dengan rasa mi goreng MAGGI OatMee! Harga pengenalan pula ditawarkan pada RM6.99.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.maggi.com.my