Dipasaran kini terdapat pelbagai jenis losyen untuk tangan dan badan yang boleh dipilih. Semua tahu losyen digunakan sebagai pemberi kelembapan pada kulit yang kering. Walaubagaimanapun, penggunaan losyen yang terlalu kerap atau banyak juga boleh mengakibatkan kulit bermasalah.
Ini kerana, kandungan losyen tidaklah 100% tulen dari air yang merupakan sumber asli yang mengawal dan mengekalkan hidrasi kulit. Menurut laporan dari Daily Mail, losyen mengandungi air dan emmolient (mineral dan minyak tumbuhan) yang menghentikan air mengewap dari kulit.
Berikut kenapa anda perlu berpada-pada dengan pengunaan losyen:
- Punca sel kulit mati bertambah – Jika kerap memakai losyen tetapi membersih kulit dengan bersih bakal meninggalkan tompokan sel-sel kulit mati. Sel kulit mati membuat kulit berasa kering dan rengsang.
- Kulit menjadi ‘malas’ – Losyen secara tidak langsung menyebabkan kulit tidak mahu menghidrat secara semulajadi bagi mengelakkan kekeringan. Terpaksalah anda terus berbelanja untuk mendapatkan kulit lembab dari losyen.
- Timbul masalah jerawat – Kulit yang penuh sel kulit mati dan pori yang tersumbat dari sapuan losyen yang banyak boleh mengakibat masalah kulit seperti jerawat, kegatalan dan bertompok.
Nasihat Wanista kepada pembaca amalkan minum air putih dan berwaspada dalam pemakaian kuantiti losyen.