Sebanyak 14 unit tren generasi baharu Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur (KLAV) bagi sistem transit aliran ringan (LRT) aliran Kelana Jaya, mula beroperasi hari ini.
KLAV model Bombardier INNOVIA Metro 300 dengan empat gerabak itu dijangka bakal meningkatkan kapasiti penumpang sebanyak 30 peratus berbanding tren sedia ada. sebelum ini yang memenuhi permintaan pengguna ke laluan Kelana Jaya seramai 190 ribu penumpang dalam sehari.
“Tren ini beroperasi dua buah bulan ini dan dua bulan bulan Januari secara berperingkat sehingga kesemua 14 buah tren dapat diguna pakai pertengahan tahun 2017,” katanya dalam sidang media selepas bersama-sama media menaiki tren genenerasi baharu KLAV di Stesen LRT Ampang Park di sini hari ini.
Ia juga selaras dengan hasrat Prasanara dan kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan awam sebagai pilihan utama dalam aktiviti harian.
“Dengan adanya gerabak baharu, maka load faktor akan berkurangan bawah 100 peratus. Ini satu keistimewaan atau kemudahan untuk menggunakan laluan Kelana Jaya dengan lebih selesa,” kata beliau.
Tren baharu baharu empat gerabak ini akan menggantikan tren dua gerabak sedia ada di mana kapasiti tren dua gerabak banya boleh membawa 472 penumpang.
Set tren baharu ini akan mula digunakan secara berperingkat mengikut jadual penghantaran pembekal yang dijangka diterima sepenuhnya pada pertengahan 2017.