Awal perkenalan sentiasa habiskan masa bersama, mesej tanpa henti, bertanya khabar tanpa henti. Si dia selalu ada setiap kali anda perlukannya.Tetapi lama-kelamaan si dia makin menjauh sampai kadang-kala tidak mempedulikan langsung. Tidak ada hal buruk yang anda lakukan dan tidak ada pertengkaran. Wajar jika anda curiga, jangan-jangan dia sudah bosan dengan hubungan cinta ini. Boleh jadi begitu jika si dia berterusan ketepikan anda.
Tiba- Tiba Sangat Sibuk
Tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba -tiba saja dia jadi sibuk. Padahal kalau dilihat – lihat, tidak ada yang berubah dari rutin hariannya. Bahkan menurut teman- temannya, jadual kuliah atau mungkin kerjaan pejabatnya biasa saja, tidak ada projek atau kegiatan tambahan yang boleh membuatnya sibuk. Tetapi kebelakangan ini si dia makin sibuk. Hurm, pelik!
Makin Jarang WhatsApp/Line/Wechat/Facebook/Kakaotalk/Viber
Dia makin jarang menghubungi anda atau sekadar menanyakan khabar hari ini. Dia seolah tidak punya masa lima minit saja untuk menghubungi anda via BBM, WhatsApp atau jalur komunikasi lain.
Lebih Peduli Dengan Smartphonenya
Apabila anda makan berdua atau jalan dengannya, dia lebih sibuk dengan telefon pintar atau iPadnya berbanding bertanya khabar akan perihal harian anda. Bila anda bertanyakan sesuatu si dia hanya akan menjawab singkat. Paling teruk seolah kehadiran anda tidak ada ertinya buat anda.
Banyak Habiskan Masa Bersama Teman-Temannya
Akhir- akhir ini si dia lebih banyak berkumpul ataupun habiskan masa dengan temannya. Apabila anda meminta ditemani ke suatu tempat, si dia lebih memilih berkumpul dengan teman- temannya.
Sering Beri Banyak Alasan
Ketika anda tanyakan kenapa akhir- akhir ini dia sibuk dan sepertinya melupakan anda, dia akan mengeluarkan banyak alasan. Bahkan lagi teruk dia menyalahkan anda kerana menuduhnya bukan-bukan. Jika sudah begini jadinya, nampaknya si dia mungkin sudah bosan dengan anda.
Tidak Peduli Dengan Kehidupan Anda
Selepas anda bertanya mengapa dia menjauh, dia sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Bahkan dia semakin tidak peduli dengan kehidupan anda. Dia tidak lagi peduli tentang diri anda, anda keluar dengan siapa ataupun perasaan anda.
Jika sudah begini, masih ada masa untuk memperbaiki hubungan. Kebosanan biasanya muncul kerana salah satu pihak merasa diabaikan. Perkuat lagi hubungan anda jika masih boleh dipertahankan.