Seiring dengan zaman serba moden, kebanyakan pengantin ada yang memilih untuk menyarung busana moden dari fabrik lace dan chiffon berbanding material tradisonal warisan, songket.
Gaun pengantin dengan potongan lurus, kembang dan asimetri merupakan ilham untuk pengantin moden. Rata-rata pemilihan rekaan untuk busana pengantin menerapkan unsur romantis tidak kira dari pengunaan rona, potongan, fabrik mahupun perincian. Yakni, sekiranya pereka mengetengahkan rekaan edgy atau jenis structured pastinya ia disulami dengan silhuet lembut seperti rekaan busana Elie Saab.
Biarpun anda sudah menetapkan tema untuk majlis, rekaan baju seeloknya kekalkan gaya potongan klasik dan hanya sedikir percikan atau sentuhan yang mencerminkan tema anda. Sekiranya tidak mahir dalam padanan rona, elakkan dari memilih rona terang. Putih dan pastel adalah rona yang paling tepat.
Cuba sebanyak mana rekaan sebelum membuat keputusan dalam pemilihan rekaan busana pengantin. Mungkin ada potongan yang lebih sesuai dengan anda selain daripada potongan duyung. Pilih rekaan berunsurkan sutera yakni memberikan imej siluet lembut. Sekiranya anda penggemar gaya sarat, pilihlan rona senada untuk tidak tampak janggal.
Wanista kongsikan inspirasi gaun kahwin moden oleh Elie Saab, sesuai untuk wanita muslimah juga.
Sumber gambar dari Pinterest