Semakin tua umur seorang wanita, maka akan semakin tua usia kulit wajah, kecuali mereka yang sentiasa mengamalkan rutin penjagaan kulit secara teratur sejak di awal remaja lagi.
Wanista kongsikan 11 tips penjagaan kulit untuk wanita 60 tahun ke atas.
#Pilih produk anti penuaan dengan bijak
Perkara terbaik adalah berunding dengan doktor kulit yang boleh mengesyorkan anda produk anti penuaan terbaik di pasaran mengikut umur, jenis kulit dan keperluan. Pastikan anda menggunakan produk secara rutin untuk kekal muda dan segar.
#Gunakan pembersih pelembap
Jangan gunakan pencuci yang keras yang hanya menyebabkan kulit menjadi kering.
#Melembapkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Gunakan pelembap anda terutamanya pada waktu malam. Kulit anda memerlukan kelembapan untuk memerangi kulit kering dan keduatan.
#Minum banyak air
Minum banyak air untuk mengekalkan kulit yang sihat dan terhidrat.
#Belajar teknik solekan untuk menyembunyikan penuaan
Tompok penuaan, kedutan dan jerawat adalah realiti kehidupan anda. Adalah lebih baik untuk menerimanya dan cuba belajar teknik menyembunyikan dengan berkesan. Kalau boleh, dapatkan khidmat nasihat daripada perunding kecantikan untuk belajar teknik solekan yang bersesuaian di usia begini.
#Gunakan skrub ringan
Anda perlu menggunakan skrub lembut secara perlahan-lahan untuk membuang lapisan sel kulit mati. Ikuti dengan toner dan pelembap.
#Gunakan krim khas untuk mata dan tangan
Anda boleh mendapatkan krim mata dan tangan untuk menyediakan pelembap tambahan untuk kawasan ini.
#Jangan lupa krim pelindung matahari
Pelindungan matahari dengan SPF yang baik perlu dipakai setiap kali melangkah keluar dari rumah.
#Dapatkan rawatan kecantikan di spa/salon
Cuba manjakan diri dengan rawatan kecantikan dari kepala sehinggalah ke kaki. Pastikan pakar yang menguruskan kulit anda.
#Makan sihat dan mengambil pemakanan tambahan
Dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan untuk mengetahui makanan yaang membantu melawan penuaan dan makanan tambahan yang menjaga keperluan nutrisi kulit. Makan makanan yang sihat epanjang masa.
#Bersenam secara tetap, jaga kualiti tidur
Di usia begini bukan penghalang anda untuk terus bersenam. Sentiasa rajin untuk berjalan kaki setiap hari, pastikan mendapat tidur yang mencukupi. Jalani kehidupan yang aktif dan sihat, semua ini akan membantu anda mempunyai kulit yang sihat dan badan cergas.