Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan sambutan Valentines’s Day disambut oleh pasangan kekasih romantis di seluruh pelusuk dunia demi meluahkan rasa cinta mereka terhadap pasangan masing-masing.
Masih agak jauh untuk difikirkan berkenaan hadiah sempurna buat si dia. Tetapi tidak salah jika anda merancang awal-awal hadiah jenis apa yang perlu dicari.
Untuk si pria paling sukar, ia tidak semudah seperti memberi jambangan bunga atau seutas rantai tangan. Oleh itu, apa kata anda hadiahkan pencukur bermata dua dari Aesop buat teman lelaki anda bersempena Hari Kekasih tahun ini?!
Ini adalah ciptaan terbaharu untuk rangkaian aksesori dan formulasi pisau cukur Aesop. Rekaannya begitu teliti, berfungsi untuk memberi impak hasil cukuran yang sempurna tanpa menyebabkan kerosakkan pada permukaan kulit mahu pun sebarang iritasi menjejaskan.
Setiap lapisan bilah pisau cukur disadur dengan besi krom yang tahan karat serta calar, membuatkan ianya lebih mesra pengguna.
Rekaannya tampak sofistikated dan mewah, sememangnya amat sesuai untuk dijadikan pemberian istimewa yang mencetus memori paling indah buat si penerima.
Harga yang ditawarkan untuk setiap unit pisau cukur bermata dua oleh Aesop ini adalah RM320 manakala RM75 untuk bilah pisau cukur berkenaan.
Jika berminat anda boleh mula membeli pisau cukur Aesop ini di butik Aesop yang berhampiran atau di laman sesawang rasmi Aesop.
Setiap unit pembelian hadir bersama 10 bilah pisau gantian. Aesop mencadangkan pengguna menukar bilah pisau selepas 3 hingga 7 cukuran.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aesop.com.