Ilham yang dicuri dari rekaan fesyen pakaian sedia dipakai koleksi Homme Musim Sejuk Dior 2015/2016. Kaca mata baharu oleh jenama fesyen tersohor ini bertemakan elemen moden yang disulam dengan warna berani futuristik.
Setiap sisi kaca mata gelap dihiasi garisan anggun manakala potongannya pula kemas menawan. Ia jelas tampak sofistikated melambangkan ciri unik yang tersendiri.
Rangka kaca mata disaluti dengan material aluminium berwarna matte, menggabungkan ideologi rekaan teknikal dan rasmi yang mengetengahkan gaya glamor kaca mata hitam AL 13.6 Dior ini.
Tanda dagang mewah Dior -CD boleh dilihat di kedua belah kiri dan kanan pangkal bingkai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dior.com