Baru-baru ini, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho telah dilantik menjadi duta bagi produk kopi keluaran syarikat Indonesia, Kopi Luwak.
Strategi pemasaran syarikat itu bertujuan untuk mengembangkan perniagaan kopi mereka ke negara tersebut dan pemilihan pelakon tinggi lampai itu diharap dapat memberikan sambutan positif terhadap produk terbabit.
Difahamkan aktor berusia 29 tahun itu telah pun menjalani penggambaran iklan di beberapa lokasi pelancongan menarik di Korea antaranya di Namsan, Sungai Han dan Seoul.
Min Ho sering jadi pilihan sebagai duta produk, bersandarkan pakej rupa dan populariti yang dimilikinya. Antara produk yang menggunakan khidmatnya ialah restoran Kyo Chon dan perniagaan atas talian, 11street.