Selamat tahun baru! Levi’s lazimnya terkenal dengan produk keluaran jeans atau denim. Tetapi, baru-baru ini, lain pula konsep yang cuba diketengahkan oleh Levi’s. Tidak seperti biasa, Levi’s baru sahaja melancarkan koleksi rekaan kaca mata Aviator yang di gelar MARVEL.
Rekaan kaca mata gaya Aviator sangat sinonim dalam dunia fesyen terkini. Gayanya yang ranggi dan bersahaja amat mudah untuk di suai-padankan dengan gaya pemakaian sehari-hari. Warna-warni berani juga digunakan keatas setiap rekaan agar tampak lebih moden sekaligus memancarkan aura berani fashionista!
Selama ini, Levi’s begitu komited menghasilkan rekaan kaca mata harian yang eksklusif, di samping cuba memenuhi permintaan golongan remaja masa kini yang begitu dahagakan aksesori ringkas tetapi masih lagi memaparkan simbol keanggunan.
Koleksi Marvel menampilkan 26 kombinasi warna menarik khas buat para penggemarnya. Tidak kisahlah untuk lelaki mahupun wanita, anda bisa memilih saiz kanta serta kaca mata mengikut bentuk muka anda dengan mudah. Ianya tidak terhad kepada satu saiz sahaja. Dengan koleksi MARVEL ini juga, anda mampu menonjolkan sisi keyakinan diri anda untuk bermain dengan warna-warna terang.
Rekaan bingkai kaca mata yang mewah, tidak hanya boleh didapati dalam rona perak semata-mata, malah terdapat juga dalam rona emas serta emas ros (rose gold) yang lebih in-trend. Pad hidung yang ada pada bingkai juga direka dengan teliti agar memberi keselesaan berpanjangan kepada si pemakai.
Bukan itu sahaja, koleksi MARVEL menggunakan kanta polarized yang bisa melindung mata dari sinaran UV.
Ayuh lengkapkan isi almari anda dengan kaca mata Aviator koleksi MARVEL oleh Levi’s ini. Harga yang ditawarkan adalah pada RM538 seunit.