Anak lelaki pelakon hebat Will Smith dan Jada Pinkett Smith, Jaden Smith kini dipilih menjadi wajah baru jenama terkenal, Louis Vuitton.
Namun, Jaden bukanlah dipilih untuk kempen pakaian dan barangan lelaki, tetapi wajahnya dipilih oleh jenama gergasi ini bagi mewakili koleksi pakaian dan barangan wanita.
Pemilihan Jaden ini hanya diketahui setelah Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Nicholas Ghesquiere, memuat naik sekeping gambar Jaden yang memakai skirt pendek dan jaket kulit di laman instagramnya dengan kapsyen:
“Happy to introduce Jaden Smith @christiaingrey in the new SS16@louisvuitton ad Campaign photographed by Bruce Weber.”
Jaden yang merupakan wajah baharu bagi kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2016 ini berkata dirinya mempunyai satu impian iaitu melakukan semua perkara yang gila-gila dan di luar batasan. Tambahnya lagi, sekiranya orang menganggap dirinya gila-gila, ianya merupakan satu penghormatan yang terbesar buat dirinya. Dia juga menyatakan peluang berkerjasama dengan Louis Vuitton merupakan antara satu kepuasan bagi dirinya.