Sempena Tahun Baru Cina, jenama fesyen Love, Bonito dengan gembira mengumumkan koleksi Tahun Baru Cina yang pertama dilancarkan bulan ini.
Untuk koleksi ini, Love, Bonito menampilkan rekaan cetakan yang sofistikated, fabrik berkualiti dan pemilihan warna yang berani – semuanya sejajar dengan potongan klasik yang dikekalkan. Malah, Love, Bonito menampilkan fleksibiliti dalam setiap reka bentuk.
Dari gaya mudah, bergaya, berani, statements, yakinlah bahawa setiap koleksi Love, Bonito pasti memberikan senyuman mekar dalam hidup anda. Paling penting, koleksi ini adalah bergaya dan sesuai untuk rangka Asia tanpa menjejaskan keselesaan dan kualiti.
Koleksi terbaru dari label inspirasi ini boleh dibeli secara dalam talian di www.lovebonito.com dan di butik utama Love, Bonito di Mid Valley Megamall (F-072A & 072B, Level 1) dari Januari 2016 dan seterusnya.