Khas buat ‘hantu’ permainan video game diluar sana! Baru-baru ini jenama pembekal peranti yang bermutu dan berteknologi tinggi Logitech selamat melancarkan keluaran aksesori tetikus khas untuk permainan video game -G502 yang telah ditambah baik fungsinya.
Untuk pengetahuan anda, G502 proteus Core adalah tetikus gaming yang paling laris di pasaran. Namun, kini ianya telah ditambah-baik agar bisa memberi lebih nikmat keseronokkan kepada para pengguna tatkala bermain.
Tetikus ini masih lagi mengekalkan pengesan DPI, permukaan canggih serta penyelaras berat. Apa yang menarik, ianya kini dilengkapi cahaya lampu yang boleh ditetapkan. Bukan itu sahaja, anda juga bisa menyelaraskan tetikus G502 baru ini bersama peranti Logitech G gaming untuk mendapatkan gabungan kesan pencahayaan RGB yang lebih menarik.
G502 baru ini lebih tepat dengan optik sensor reponsif, mudah untuk dilaras beratnya serta kestabilan pergerakan agar mudah mengelongsor di atas sebarang permukaan tanpa mengganggu anda yang sedang ligat ‘berlari’ di dalam fantasi tatkala bermain video games.
Selain itu, bentuk tetikus ini pula dicipta dengan penuh ergonomik, sesuai untuk pengguna yang menggunakan tangan secara normal mahupun buat mereka yang kidal. Setiap klik pasti menjadi mudah dan lancar.
Bagaimanapun, harga pasaran untuk G502 Proteus Spectrum Gaming Mouse yang diilhamkan selepas G502 Proteus Core merangkul kejayaan pasaran ini masih lagi belum ditetapkan secara muktamad. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.logitech.com
https://www.youtube.com/watch?time_continue=26&v=HxgKmEMQQnc