Alangkah indahnya sambutan Tahun Baru Cina untuk 2016 apabila diserikan dengan pemberian hadiah istimewa buat yang tersayang mahupun untuk koleksi peribadi.
Jenama fesyen agung, COACH sekali lagi mewujudkan kecerian dengan membawakan titipan khas untuk Tahun Baru Cina 2016.
Motif dan warna setiap aksesori ringkas yang menusuk kalbu pasti memberi seribu satu senyuman buat si penerima.
Untuk penggemar aksesori, COACH bakal memberikan tag bagasi istimewa berperincikan rekaan yang diinspirasi dari sambutan Tahun Baru Cina berserta sampul duit merah edisi terhad apabila anda membeli belah di butik COACH pada musim perayaan ini.
Tag bagasi berkenaan didatangkan dalam dua rekaan, kedua-duanya berwarna merah terang yang secara tidak langsung menyumbang semangat baru buat anda yang perlukan dorongan.
Salah satunya dihiasi dengan motif ukiran bebayang seekor monyet dan satu lagi pula bermotifkan tulisan kaligrafi cina yang membawa maksud kekayaan serta tuah.
Tag bagasi ini akan diberikan secara percuma keatas sebarang resit pembelian barangan COACH berjumlah RM1,500 dan keatas.
Bukan itu sahaja, COACH malah akan mengedarkan kepingan sampul duit merah edisi terhad sempena tahun monyet 2016 yang diletakkan di dalam kotak berupa tag gantung ikonik COACH rona emas mewah. Jika anda mahu dapatkannya, pergilah dapatkan sesuatu yang istimewa di butik COACH sekarang! Mana tahu tuah anda untuk mendapatkan koleksi tag bagasi dan sampul duit berkenaan. Sementara stok masih ada!