Okay, penulis nak tanya satu soalan, apa yang anda lakukan pada kemeja atau blaus yang lengannya terlalu panjang? Lipat? Alteration? Ataupun terus tak pakai?
Lupakan ketiga hal tersebut kerana musim ini, kemeja lengan yang terlalu panjang merupakan highlight terkini. Memang pelik tetapi it’s a new trend now!
Bermula dari Acne Studios yang cuba memperhalusi gaya sebegini. Biarkan saja lengan yang terlalu panjang itu. Agar kelihatan lebih menarik, cuba bawa clutch atau boleh juga cuba pakai chunky bracelet yang disematkan di atas lengan kemeja. These are new ways to make a statement style.
Jadi, pada anda yang suka sinsing ataupun lipat, tak perlulah lakukan semua itu.