Musim Valentine telah tiba dan sebagai dedikasi kepada kasih sayang, Classic Gold & Jewellery memperkenalkan dua koleksi-koleksi baru berbentuk hati – Eternal Love dan Heart-Shaped, yang pastinya akan menggembirakan orang yang dikasihi.
Koleksi berlian Eternal Love yang berbentuk hati dengan luaran yang mengusik dan menyenangkan terdiri daripada sebuah loket, anting-anting dan cincin untuk meraikan kasih sayang dalam setiap hubungan. Diperbuat daripada emas putih 750, reka bentuk hati terserlah dengan berlian yang memancarkan kilauan yang luar biasa, memberikan stail unik yang bergaya dan abadi. Dengan berlian yang anggun lagi bergaya, koleksi ini direka oleh pereka Itali dan diperbuat sepenuhnya di Itali.
Untuk menambahkan lagi pilihan, Classic Gold & Jewellery telah mencipta koleksi Heart-Shaped yang terdiri daripada sebuah loket, anting-anting, gelang tangan dan cincin yang diperbuat daripada emas kuning 916. Setiap reka bentuk dalam koleksi baru ini direka secara halus dan diperbuat dengan hasil tangan oleh pereka dari Turki dengan potongan berlian yang khas untuk menghimpunkan keanggunan dan kekilauan berlian.
Koleksi baru Valentine ini boleh didapati di kesemua kedai Classic Gold & Jewellery di seluruh negara bermula Januari 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi baru Valentine ini, sila layari www.classicgold.com.my.