Balik dari kerja, penat, rasa malas mahu menanggalkan mekap yang tebal di wajah. Sanggup biarkan begitu sahaja, nah, anda jangan sesekali lakukan itu semua kerana ia boleh merosakkan kulit wajah.
Tapi, bila nak bersihkan, makeup remover pula habis, makin tekanan dibuatnya. Nak keluar tapi tadi dah tempuh trafik, jadi apa alternatif lain yang boleh digunakan?
4 bahan alami ini terbaik untuk anda.
Minyak Zaitun
Alternatif remover ini merupakan must-have item pelakon Emma Stone. Selain mudah meresap, minyak zaitun ini juga mampu memberi kelembapan pada kulit. Untuk anda yang mempunyai jenis kulit yang sensitif, bahan semula jadi ini boleh jadi beauty hero.
Baby Oil
Sering menggunakan mekap jenis waterproof? Alternatif ini juga baik untuk kulit anda. Tekstur lembut dari baby oil baik untuk mengatasi masalah membersihkan sisa waterproof di wajah anda.
Virgin Coconut Oil
Semua orang tahu kehebatan virgin coconut oil. Ia tidak hanya mampu membersihkan sisa mekap namun mampu memerangi radikal bebeas penyebab kerosakan kulit. Setelah menanggalkan mekap, anda bersihkan wajah menggunakan facial wash.
Petroleum Jelly
Selain mampu melembabkan kulit, petroleum jelly ini sangat baik digunakan untuk membersihkan sisa mekap di kawasan mata. Selain berfungsi untuk membersihkan mekap, petroleum jelly ini juga berguna untuk memperbaiki bahagian kulit wajah yang terasa kasar.