FLOW amat terkenal dengan rekaan fesyen yang ditujukan khas buat wanita berbadan sexy & curvy persis Kim Kardashian. Justeru, sebagai pendorong semangat tahun baru yang kian mekar menjulang ini, jenama pakaian santai eksklusif untuk wanita FLOW mempersembahkan koleksi musim bunga yang berpaksikan konsep moden dan terkini dengan palitan sentuhan ketimuran.
Kebanyakkan rekaan bermotifkan corak bunga dan rona-rona pastel memukau, manis apabila digayakan menambah lagi sisi feminin kepada setiap wanita yang menggayakannya.
Rekaan terkini untuk koleksi musim bunga dari FLOW ini bakal menerbitkan semangat baru selari dengan lembaran baru yang lebih mencabar.
Nilai semula jadi estatik dapat dilihat pada mainan corak berasaskan sumber alam seperti kehijauan dedaun lebar serta bunga-bungaan besar berlatarkan warna putih, sekaligus menonjolkan lagi ciri kemewahan sesuatu rekaan. Manakala, perincian kemasan renda pula sebati dikepilkan bersama palet neutral yang menarik perhatian.
Untuk pengetahuan anda lagi, koleksi musim bunga 2016 dari FLOW ini tidak hanya membentangkan rekaan baju blaus semata, malah mengetengahkan pakaian trend seperti helaian tunic, kemeja serta celana slack yang bisa anda jadikan padanan pakaian untuk ke pejabat mahupun ke acara-acara formal.
Koleksi musim bunga 2016 FLOW ini rata-ratanya mempunyai rangkaian saiz dari US10 sehingga US18. Anda boleh dapatkan koleksi musim bunga 2016 FLOW di butik cawangan FLOW seluruh negara ataupun secara atas talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.flowclothing.com