Menyapu krim asas solekan pada kulit wajah dengan tona yang betul dan cepat adalah sebuah topik yang menarik minat ramai kaum wanita. For Beloved One mengetahui bahawa kaum wanita adalah takut pada bedak asas yang membosankan serta menjadikan wajah mereka kelihatan pucat.
Melasleep Brightening Daily Defence Cream (Krim DD) daripada For Beloved One adalah sejenis krim perlindungan harian yang berprestasi tinggi serta memberi perlindungan yang menyeluruh.
Ia mengandungi bahan revolusioner, Purisoft® LS 9602, yang mengasingkan bahan pencemar dan membentuk sejenis halangan yang sempurna pada kulit supaya ia tidak dipengaruhi oleh pencemaran di persekitaran.
Aquaphyline membantu kulit mengekal dan menambahkan kelembapan supaya ia sentiasa pejal dan berdaya tahan. Bertindak sebagai krim asas, pelindung matahari, serta penjagaan kulit semua dalam satu, Krim DD Melasleep Brightening mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan untuk membantu mengekalkan kelembapan dan menjadikan wajah kelihatan semula jadi seperti tanpa solekan!
Oleh itu, Melasleep Brightening Daily Defence Cream telah diperkenalkan dalam tiga tona warna pada kali ini. Ketiga-tiga tona warna mengetengahkan tiga isu-isu utama kulit untuk menghasilkan solekan wajah yang sempurna.
Peach memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan pada masa yang sama meningkatkan kepejalan dan kecerahan kulit untuk menjadikan solekan kulit wajah kelihatan cerah.
Rose adalah untuk mereka yang mempunyai kulit yang kelihatan terlalu pucat, kerana ia akan mewujudkan tona kulit yang semulajadi serta cerah bersinar setelah disapu pada wajah.
Lavender secara serta-merta memperbaiki tona kulit yang kelihatan terlalu kuning supaya kulit kelihatan sihat, bersinar, dan lebih sempurna!
Melasleep Brightening Daily Defence Cream bukan sahaja boleh digunakan selepas rutin penjagaan kulit harian untuk melindungi kulit tetapi juga membantu melindungi kulit daripada bahan pencemaran seperti debu, logam berat dan sumber-sumber lain.
Gunakan selepas rutin penjagaan kulit harian anda. Boleh menggantikan langkah-langkah penjagaan kulit seperti menyapu perlindungan matahari, bedak solekan, serta krim asas. Ia memperbaiki tona kulit dengan segera untuk menghasilkan solekan wajah yang berseri.
Melasleep Brightening Daily Defence Cream didatangi dengan saiz 40ml /RM135 boleh didapatkan secara eksklusif di Sephora.