Apabila usia menjangkau 20 dan 30-an, kita akan mula menyedari berlakunya perubahan pada kulit. Faktor persekitaran, diet, tahap tekanan serta proses penuaan semula jadi tubuh boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering, rosak dan kusam. Situasi atau fasa penuaan kulit secara semula jadi ini dikenali sebagai tempoh transisi kulit.
Apakah transisi kulit? Pendedahan terhadap persekitaran dan peningkatan usia membuatkan molekul yang menyalurkan air pada kulit, dikenali sebagai asid hyaluronik akan mula hilang. Ini menyebabkan kulit menjadi semakin kusam, kasar dan tidak sihat. Kita akan mula menyedari bahawa wujudnya garis-garis halus, liang pori kelihatan semakin jelas dan kulit tidak lagi berseri. Kulit pada fasa transisi memerlukan lebih daripada sekadar penghidratan luaran. Pada tahap ini, pembaikpulihan kulit dari tahap sel adalah diperlukan.
Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah tanda-tanda awal penuaan kulit akibat transisi kulit tersebut. Dalam ujian kecekapan klinikal yang dijalankan selama 4 minggu, Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal menunjukkan kesan yang ketara ke atas tanda-tanda kulit transisi, ini termasuklah:
- Lebih daripada 2/3 kulit peserta kelihatan lebih halus
- 95% peserta mencapai peningkatan tahap penghidratan kulit
- 80% peserta mendapati kulit lebih cerah
Memperkenalkan Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal: Sains untuk Kulit yang Lebih Licin, Anjal dan Berseri Dalam Hanya 4 Minggu
Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal Treatment Lotion –
Langkah pertama dalam regim penjagaan kulit anda adalah untuk menyegar dan mengekalkan tahap penghidratan kulit. Losyen ini mengandungi ekstrak CMLP yang berfungsi pada liang-liang kulit untuk memperbaharui transisi kulit yang kusam dan kelihatan tertekan. Ia juga berfungsi menyegar dan membantu kulit untuk menyerap Hydro Boost™ Renewal Serum dengan lebih baik. Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas kulit dibersihkan agar kesegaran dapat diberikan kepada setiap lapisan kulit.
Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal Serum –
Ekstrak CMLP yang terbukti secara klinikal ini berupaya memperbaharui sel-sel kulit. Ia menyerap jauh ke dalam untuk meningkatkan fungsi ketahanan kulit. Kombinasi dua kandungan asid hyaluronik membantu meningkatkan tahap penghidratan kulit, sekali gus menjadikannya lebih gebu, licin dan berseri, di samping mengurangkan garis-garis halus dan kekeringan pada kulit. Gunakan selepas Hydro Boost™ Renewal Treatment Lotion untuk kulit yang lebih licin, anjal dan berseri dalam hanya 4 minggu.
Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal Gel Cream –
Kadar lembapan yang tinggi mampu meningkatan kuasa Hydro Boost™ Renewal Serum untuk tempoh penghidratan yang lebih lama. Formula asid hyaluronik yang terbukti secara klinikal berfungi mengekalkan tahap penghidratan dan kelicinan kulit. Pada masa yang sama mengurangkan garis-garis halus.
Rangkaian produk Neutrogena® Hydro Boost™ Renewal kini boleh didapati di kedai-kedai Watsons terpilih di seluruh negara. Rangkaian ini juga boleh didapati di Guardian, Caring dan rangkaian kedai farmasi seluruh Negara bermula dari Julai 2016.