Kad ucapan adalah antara pemberian atau hadiah yang paling ringkas buat orang tersayang pada musim perayaan ini.
Tidak kurang hebatnya, kini, berpandukan teknologi yang sudah semakin maju, wujud pula kad ucapan dalam bentuk elektronik. Tidak hairanlah jika ramai yang beralih kepada platform media baru yang ternyata lebih efisyen dan memudahkan ini.
Anda tidak lagi perlu ke kedai-kedai hadiah untuk mencari kad ucapan yang menarik kerana jenama agung fesyen bertaraf antarabangsa dari London, Burberry melangkah lebih maju dengan kolaborasinya bersama aplikasi-aplikasi mudah alih seperti snapchat, iTunes dan kini yang terbaru adalah WeChat.
Sehubungan dengan sambutan Tahun Baru Cina 2016 yang bakal menemui kita tidak lama lagi, Burberry melancarkan hadiah alam maya yang digelar “A Lunar New Year Gift”, didedikasi khas buat servis mesej interaktif istimewa untuk para pengikutnya.
Pengalaman ini membolehkan pengguna menekan, meleret serta menggoncang untuk membuka sesebuah hadiah jenama ikonik berkenaan. Akhir sekali, pengguna juga berpeluang mencipta dan menambah sentuhan peribadi kepada sampul Tahun Baru Cina digital untuk dikirimkan kepada keluarga mahupun sahabat handai melalui platform media WeChat.
Selain itu, dari 6 – 19 Januari 2016, para pengguna WeChat di China juga bisa memenangi bingkisan istimewa edisi terhad berupa sampul Tahun Baru Lunar Burberry apabila mereka membuka setiap satu hadiah interaktif berkenaan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyebar kegembiraan bersama Burberry di musim perayaan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari my.burberry.com