• Latest
Foto - www.rotikaya.com

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Nikah 8 Februari Depan

January 12, 2016
Foto - Pinterest

Ini Sebabnya Kenapa Korea Lebih Suka Guna Kutleri Logam

February 28, 2021
Foto - Pinterest

Betul Ke Kalau Kita Benci Seseorang, Tanda Ada Jodoh?

February 28, 2021
Foto - Quora

Kenali Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan, Mana Satu Kamu

February 28, 2021
Foto - Telegram / Hello Doktor

Tukar Menu Bubur Biasa Kepada Bubur Lambuk Versi Bayi

February 27, 2021
Foto - Pinterest

5 Warna Kacang Ajaib Ini Bagus Makan, Untuk Jaga Kesihatan Diri

February 27, 2021
Foto - IKEA

IKEA Keluarkan Merchandise Hoodies Hingga Botol Air, Sumpah Cun!

February 26, 2021
Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - iStock

Elak Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Kalau Tak Mahu…

February 26, 2021
Foto - Freepik

Katanya 4 Zodiak Ini Paling Susah Nak Percaya Orang

February 26, 2021
Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021
Foto - Asia Tatler / Asia One

9 Watak Ini Yang Paling Bergaya Dalam K-Drama 2020

February 26, 2021
Foto - Japan Objects

Usia Tua Tapi Muka Nampak Belasan Tahun, Ikut Tips Anti-Penuaan Ini

February 26, 2021
Sunday, February 28, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Nikah 8 Februari Depan

by Malisa Aina
January 12, 2016
Foto - www.rotikaya.com

Foto - www.rotikaya.com

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas enam tahun berkawan rapat, pelakon Shaheizy Sam mengumumkan bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin pada 8 Februari depan. 

Pengumuman hari ini secara tidak langsung mengesahkan gosip percintaan mereka yang sekian lama bertebaran. Pasangan ini memilih tarikh berkenaan untuk disatukan sebagai suami-isteri sempena ulang tahun hari lahir ke-25 pelakon wanita itu.

Majlis pernikahan akan diadakan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sehari selepas acara akad nikah, kedua-duanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa. Pada 14 Februari pula, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental.

Pasangan selebriti ini juga merancang untuk meraikan hari bahagia mereka bersama peminat di sebuah lokasi yang belum ditetapkan lagi.

“Selama ini, saya bukan berniat untuk merahsiakan hubungan kami. Bagaimanapun sekitar lima bulan lalu, saya berasakan dialah yang benar-benar bertakhta di hati.

“Selama ini pun, hidup saya banyak dihabiskan dengan mencari duit untuk keluarga. Cuma, sesekali tidak saya nafikan, soal peribadi membabitkan perasaan ada terlintas di hati.

“Apabila perkara itu datang, saya lebih banyak mengetepikannya kerana berasakan tanggung jawab saya lebih kepada keluarga. Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.

IKLAN

“Dalam diri, kemahuan untuk terus mencari duit tidak pernah putus. Bagaimanapun Alhamdulillah, akhirnya jodoh saya datang dan saya yakin Tilla (panggilannya untuk Syatilla) adalah pilihan tepat untuk hidup bersama saya hingga ke jannah. Insya-Allah,” kata Sam.

Mengenai Syatilla, Sam menyifatkan wanita terbabit mempunyai hati yang tulus dan sangat memahami.

“Hatinya sangat kuat dan dia seorang yang amat penyabar. Dia langsung tidak pernah memberikan tekanan kepada saya, termasuk dalam soal berkaitan kerjaya seni. Barangkali kerana dia juga seorang pelakon, jadi dirinya faham apa yang harus dilalui,” ujar yang turut menganggap Syatilla bukan sekadar cantik, tetapi memiliki hati yang bersih.

Sementara itu, Syatilla pula melihat Sam sebagai lelaki yang sangat telus dalam perhubungan mereka.

“Selain hatinya yang baik, dia juga sebenarnya sangat manja orangnya. Maklumlah dia anak bongsu.

“Apa yang membuatkan hubungan kami bertahan ialah hatinya yang sangat jujur. Tiada rahsia antara kami. Selama ini juga, kami saling menyokong antara satu sama lain dan sentiasa berada di belakang diri masing-masing,” kata Syatilla yang memaklumkan, dia dirisik ibu Sam pada 13 Disember lalu di Pulau Pinang.

SUMBER

Tags: artis malaysiaartis malaysia kahwinedisi kahwinpelakon malaysiasamsam & syatilla nikahsam kahwinshaheizy samsyatilla
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Nikah 8 Februari Depan

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.