Hope all is well! Denim & Supply Ralph Lauren dengan terujanya mengumumkan pelancaran kempen musim bunga 2016, yang menampilkan pelakon Ruby Rose, pelukis Edward Granger dan juga model (teman wanita Justin Bieber) Hailey Baldwin.
Sesuai dengan semangat kerjasama antara Denim & Supply, para pelakon yang datang bersama-sama mewujudkan satu pengalaman sosial sinematik.
Diketuai oleh Ruby Rose, siri yang mempunyai empat episod yang akan ke udara di Instagram @DenimandSupplyRL akan bercerita tentang personaliti dan juga gaya setiap yang terlibat dalam kempen ini.
@DenimandSupplyRL merupakan jenama unik yang diinspirasikan daripada kawasan sekitarnya. Berakar umbi dalam kualiti dan warisan denim buatan tangan, dilengkapi dengan rasa selesa sesuai dengan keperibadian si pemakai, jenama yang segar, semangat daya imaginasi sekaligus menjadi pilihan setiap penggemar fesyen.
Untuk info lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Denim & Supply Ralph Lauren.