Masalah gusi adalah disebabkan ketidakbersihan gigi, terutamanya pada kawasan di sekitar dalam mulut. Oleh itu, adalah sangat penting untuk seseorang memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaan oral mereka.
Setakat menggunakan cecair kumur serta membersihkan kawasan celah gigi dengan benang flos sahaja tidak mencukupi untuk penjagaan mulut yang sempurna. Faktor pemilihan berus gigi juga harus dititik beratkan kerana gigi dan gusi terutamanya adalah bahagian yang sangat sensitif.
Syarikat pengeluar barangan serta peranti elektronik ternama PHILIPS baru sahaja memperkenalkan berus gigi elektronik Sonicare Flexcare+. Berus gigi ini bukan hanya mampu membersih rapi, malahan bisa membantu individu yang mempunyai masalah gusi kritikal untuk mendapatkan rutin penjagaan gigi profesional secara ringkas.
Dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian di Kementerian kesihatan Malaysia, kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mendedahkan bahawa lebih 88.9% rakyat Malaysia dilaporkan menghidap kerosakkan gigi.
PHILIPS nyata komited untuk mengembalikan senyuman manis di bibir anda! Seperti pohon, akar adalah tunjang kesuburannya, begitu juga dengan gigi. Kesihatan gusi yang sempurna secara tidak langsung akan menampakkan keserian pada gigi anda. Jika gusi sihat, gigi pun sihat.
Philips Sonicare Flexcare+ ini dilengkapi mod penjagaan gusi di mana ianya bertidak untuk memberi rangsangan serta fokus yang mencukupi ke atas permukaan gusi. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan pendarahan pada gusi, selain bantu mencegah permasalahan minima yang mungkin menyumbang kepada permasalahan gigi yang lebih parah.
Kata orang, lebih baik mencegah dari mengubati. Tidak seperti berus gigi elektronik yang lain, Philips Sonicare Flexcare+ menyediakan tindakan pembersihan yang bisa mencapai kawasan di celah-celah gigi, walaupun pada bahagian paling sulit dalam mulut. Ini termasuk aplikasi penentu masa yang boleh ditentukan untuk memberus gigi anda selama dua minit, seperti yang disyorkan oleh para doktor dan pakar pergigian.
Dilengkapi lima mod pembersihan mulut muktamad terdiri daripada mod membersih (pembersihan menyeluruh dalam masa dua minit) , mod sensitif (untuk pembersihan lembut pada gusi), mod menyegarkan (bonus pembersihan 1 minit), mod mengurut (memberi rangsangan pada gusi) dan mod penjagaan gusi (meningkatkan kesihatan gusi).
Hanya dalam masa dua minggu, pengguna bisa melihat kesan yang positif terhadap perubahan pada kesihatan mulut serta gigi yang lebih menawan. Philips Sonicare Flexcare+ dijual pada harga RM635 seunit.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.philips.com.my