Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Dapatkan Solekan Eyeliner Cara Pro Dengan Laniege Edge Drawing Eyeliner!

by Afiqah Syamin
January 14, 2016
Edge Drawing Eyeliner dalam warna hitam. Foto -Arkib Wanista

Edge Drawing Eyeliner dalam warna hitam. Foto -Arkib Wanista

25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Anda gemar mengenakan solekan ala selebriti pop Korea? Kebanyakkan selebriti KPOP menjadikan eyeliner sebagai sisi utama sesuatu solekan. Apa yang anda perlu tahu, mereka menggunakan eyeliner sebagai satu helah bagi menyembunyi bentuk mata mereka yang kecil dan bagi memberi ilusi kepada kelopak mata mereka yang tidak berlapis.

Tetapi, melukis celak pada mata bukanlah perkara mudah bagi seorang amatur yang baru sahaja berjink-jinak dengan teknik solekan.

Terima kasih kepada Laneige kerana menyediakan alatan aplikasi solekan yang mudah bagi para wanita. Kini, inovasi pen penggaris mata baru Edge Drawing Eyeliner tampil diperkenalkan!

Dikecam Teruk! (G)I-DLE Bercumbu Sesama Ahli Di Rancangan Muzik

October 19, 2020

Blinks Tak Sabar Tunggu Dokumentari Blackpink Di Netflix Oktober Ini

September 9, 2020

Pen celak untuk melukis eyeliner ini direka khas bagi memenuhi keperluan para gadis dan wanita yang mengimpikan solekan eyeliner rapi mirip selebriti KPOP. Sesuai untuk kegunaan solekan ringkas harian mahupun dramatik, ia terdapat dalam dua pilihan mata pen iaitu mata pen jenis leper-runcing dan mata pen jenis normal.

Teknik solekan garisan mata yang digelar "Deep Eye" yang sesuai untuk membuka bentuk mata kecil serta kelopak mata yang berlapis. Foto -Arkib Wanista
Teknik solekan garisan mata yang digelar “Deep Eye” ini sesuai untuk membuka mata agar nampak lebih besar serta memberi ilusi seolah kelopak mata anda berlapis. Foto -Arkib Wanista

Keluaran cecair atau pensil penggaris mata jenama lain tidak menepati keperluan wanita Asia. Orang Asia dikatakan memiliki bentuk mata yang lebih kecil dan selalunya tidak mempunyai kelopak mata berlapis.Oleh kerana itu, ianya agak sukar untuk mendapatkan solekan eyeliner yang sempurna.

Edge Drawing Eyeliner oleh Laneige memudahkan para amatur untuk melukis garisan eyeliner hanya dalam 3 saat! Ringkas dan mudah, langsung tidak mencomotkan serta bisa memberi pengalaman aplikasi yang lebih licin dan stabil kepada si pengguna.

IKLAN

Edge Drawing Eyeliner ini terdapat dalam dua warna utama yang mudah disuai padan iaitu hitam dan coklat. Mata pen leper-runcing itu akan memberikan anda hasil lukisan eyeliner kemas serta ekor garisan yang tajam kerana secara mudahnya, anda boleh mengawal ketebalan garisan yang dikehendaki.

Teknik solekan garisan mata yang "Natural". Sesuai buat mereka yang memiliki kelopak mata berlapis yang normal. Foto -Arkib Wanista
Teknik solekan garisan mata yang “Natural”. Sesuai buat mereka yang memiliki kelopak mata berlapis normal. Foto -Arkib Wanista

Selain itu, material yang digunakan untuk membaluti mata pen berkenaan adalah sejenis lapisan nylon yang tidak menjejaskan kawasan sensitif sekeliling mata.

Buat individu yang memiliki kelopak mata berlapis pula, gunakan pen mata tajam dari Edge Drawing Eyeliner Laniege ini untuk mendapatkan solekan eyeliner idaman anda yang berasaskan garisan nipis serta menjanjikan pengawalan stabil terhadap pergerakkan pen celak berkenaan!

Laniege Edge Drawing Eyeliner boleh didapati di semua butik mahupun kiosk Laneige seluruh negara bermula Januari 2016. Harga pasaran yang ditawarkan adalah pada RM70 seunit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.laneige.com atau lawat Facebook Laneige di www.facebook.com/laneigemalaysia.

Tags: celakEdge Drawing EyelinereyelinerKecantikkankpopLaniege MalaysiaPen Penggaris MatasolekanTeknik Solekan Matatip
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.